Berapa banyak orang menghadapi masalah membayar bil harian? Kebanyakan orang menghadapi masalah tersebut tidak kira besar atau kecil. Ini termasuklah individu dan syarikat. Juga mereka yang bekerja freelance. Untuk semua orang, bermula dari ekonomi rumahtangga, pekerja dan ekonomi syarikat, kami di Credy menyarankan anda mengikut kawalan ekonomianda. Tiada yang lebih baik daripada menggunakan indeks ekonomi yang melihat nisbah kecairan relevan untuk mengetahui keadaan kewangan.
Apakah nisbah kecairan kewangan?
Mari kita cuba menentukan nisbah kecairan kewangan supaya sesiapa dengan apa sahaja tahap pengetahuan kewangan boleh memahami dengan mudah. Ini adalah penunjuk ekonomi berguna untuk mengukur kapasiti kewangan perniagaan dan individu untuk memenuhi kewajipan akan datang tanpa kesukaran. Dengan itu, nisbah kecairan sangat penting apabila kita menganalisa sama ada kita perlukan pinjaman atau tidak dan juga menentukan pinjaman dengan ciri istimewa: pinjaman untuk memenuhi keperluan kewangan segera dalam tempoh masa pendek. Dari definisinya, nampak seperti kecairan dan kemampuan membayar adalah penunjuk yang sama atau serupa, tetapi tahukah anda perbezaan antaranya?
Nisbah kecairan dan nisbah kemampuan-bayar
Nisbah kecairan kewangan adalah perkakas bagus untuk menguruskan ekonomi peribadi anda, keluarga anda atau syarikat anda dengan lebih baik. Membezakan nisbah kecairan dan kemampuan-bayar adalah penting. Perbezaan utama adalah: nisbah kemampuan-bayar adalah keupayaan kewangan syarikat untuk memenuhi tanggungjawab pembayaran mereka, sementara nisbah kecairan hanya termasuk dana yang sedia untuk digunakan, jadi jika dana syarikat tidak dapat diubah kepada aset tunai dalam tempoh pendek, ia tidak diambil kira dalam nisbah kecairan.
Bukan sahaja penting untuk mengira nisbah kecairan kewangan anda, malah juga penting mentafsirkan nisbah-nisbah tersebut dengan betul dan membuat analisi yang memandu kita kepada perubahan yang menambahbaik situasi ekonomi kita.
Bagaimanakan mengira nilai optima nisbah kecairan?
Mengira nisbah kecairan sangat mudah, lebih mudah daripada menskalakan isirumah. Aset semasa (stok tunai, pendapatan jangka pendek) dibahagikan dengan bebanan kewangan semasa (pembayaran jangka pendek atau tanggungan hutang). Daripada pembahagian ini, kita boleh mendapatkan keputusan yang biasanya ditafsirkan dalam dua cara:
- Jika lebih besar daripada 1. Aset semasa melebihi tanggungjawab semasa. Situasi ini menunjukkan ekonomi yang sihat, bergantung kepada perbezaan dengan 1, ini boleh bermasuk stabil atau sangat bagus. Tetapi seperti yang kami sebut sebelum ini, ini juga bermaksud anda mempunyai aset berlebihan dan bagi syarikat, keuntungan masih lagi boleh ditambahkan. Imbangan ini patut dicari bergantung kepada keperluan dan peluang setiap perniagaan. Dalam kes ini, anda boleh mengunakan kelebihan itu untuk membuat pelaburan.
- Jika kurang daripada 2: menunjukkan masalah kecairan di mana kita menghadapi kesukaran membayar hutan jangka pendek. Kita mesti mula membuat perubahan kepada akaun tunai syarikat atau keluarga untuk memastikan tanggungjawab boleh ditepati dalam kurang daripada setahun yang tidak berisiko.
Ekonomi adalah kompleks dan dengan itu analisis setiap aspek ekonomi bergantung kepada individu itu sendiri. Dan setiap perniagaan tidaklah sama, namun begitu, nisbah ini adalah nilai selamat jika anda tahu bagaimana menguruskannya dengan baik. Nisbah ekonomi adalah berguna dalam mengawal keadaan ekonomi kita dan untuk menjangka masalah pembayaran yang mungkin.
Dapatkan Dana Segera Daripada Credy.my!
Masalah kecairan? Perlukan sedikit wang di dalam akaun dan mendapatkan keyakinan memenuhi pembayaran masa hadapan yang selamat? Pinjaman peribadi daripada Credy.my adalah ideal bagi mereka yang mahukan penyelesaian untuk memenuhi masalah kecairan segera. Pinjaman ini sudah menjadi alternatif paling popular bagi banyak pengguna yang mahukan sedikit bantuan dalam pembiayaan yang tidak dapat menunggu sehingga esok.
Pinjaman internet yang diuruskan oleh pakar di Credy.my membolehkan anda memohon pinjaman dari rumah dan juga di mana-mana sahaja anda mengalami masalah kewangan kecemasan dan dalam beberapa minit sahaja anda boleh mendapatkan pinjaman yang anda perlukan. Hanya perlukan peranti dengan akses Internet, lawati Credy.my dan pilih kriteria pinjaman yang anda mahukan daripada satu daripada pembekal pinjaman online kami. Selepas memilih parameter, anda hanya perlukan satu minit untuk mengisi data peribadi, nombor telefon dan nombor akaun bank anda. Di Credy Malaysia, kami memudahkan dan membantu anda yang mempunyai masalah aliran tunai dengan serta-merta.