Bagaimana Menguruskan Gaji Bulanan Dengan Cermat

Meminjam sekarang

Menguruskan gaji bulanan adalah cabaran bagi banyak orang. Mungkin anda juga salah seorang yang mengalami kesukaran menguruskan gaji yang anda dapat setiap bulan. Tentunya anda mahu keluar daripada kesukaran ini dan mahu menikmati kehidupan dengan situasi kewangan yang stabil. Dalam blog ini, Credy.my akan berkongsi beberapa kaedah cermat untuk membelanjakan gaji bulanan.

Bagaimana Membelanjakan Gaji Bulanan Anda:

Bagaimana Menguruskan Gaji Bulanan Dengan Cekap

Buat Belanjawan Setiap Bulan

Cara termudah untuk membajet belanjawan bulanan anda adalah membahagikan perbelanjaan bulanan anda kepada dua, iaitu: keperluan utama dan keperluan sampingan. Keperluan utama adalah keperluan yang anda tidak boleh tolak, sebagai contoh: makan, kos untuk bekerja, bil elektrik, pelbagai gadai janji dan lain-lain. Sementari keperluan sampingan adalah keperluan tambahan, contohnya: membeli-belah, berjalan-jalan, dan kos untuk bersosial dengan rakan-rakan dan rakan sekerja. Belanjawan ini menyasarkan menjadi bahan rujukan dan had anda dalam menggunakan gaji yang anda terima, jadi kemungkinan berbelanja berlebihan boleh dikurangkan.

Bayar Semua Bil Secepat Mungkin

Bayar semua bil anda sebaik sahaja gaji diterima. Bermula daripada bil elektrik, telefon, bayaran ansuran dan lain-lain. Dengan begitu, anda akan jelas tentang berapa banyak wang yang anda boleh gunakan untuk membayar keperluan harian tanpa risau tiada cukup want untuk membayar bil.

Sentiasa Asingkan Gaji Untuk Simpanan

Kebanyakan orang menyimpan jika ada gaji masih tinggal. Ubah corak penjimatan ini dengan mengasingkannya sendiri sebelum anda gunakan untuk membayar keperluan harian. Selain berguna untuk merendahkan perbelanjaan besar yang tidak diperlukan, simpanan juga berguna untuk ada pada masa hadapan. Cuba asingkan wang daripada gaji dalam peratusan tetap setiap bulan.

Pengawalan Perbelanjaan Dengan Rekod Kewangan Harian

Rekod kewangan harian dalam hal ini merujuk kepada penyimpanan resit beli-belah supaya lebih mudah untuk anda menjejak perbelanjaan anda. Dengan menjejak perbelanjaan anda, anda boleh menilai ke mana wang anda pergi dan menganalisa apakah barang atau pembelian anda boleh dapatkan bulan hadapan. Baca di sini untuk ketahui lebih tips berkenaan membeli-belah bulanan atau harian.

Buka Berbilang Akaun Bank

Simpan wang anda dalam akaun bank berbeza mengikut kegunaannya. Sebagai contoh: asingkan akaun bank simpanan anda dengan akaun bank yang anda gunakan untuk memenuhi keperluan harian. Jika perlu, asingkan akaun bank untuk menjimatkan wang bagi membayar tanggungan bulanan dan juga simpanan dengan tujuan berbeza (simpanan umrah, simpanan pendidikan kanak-kanak, dll).

Menggunakan Kredit Kad Kredit Dengan Bijak

Kad boleh memberikan impak positif dan negatif terhadap anda. Negatif kerana ia boleh menjadi permulaan hutang anda. Positif kerana selain memberikan banyak kemudahan, kad kredit juga memberikan kelebihan kewangan. Jika anda berhati-hati dalam penggunaan kad kredit, anda boleh mendapat diskaun dan promosi berterusan, selain tawaran percuma untuk mata urusniaga yang anda gunakan dengan kad kredit. Namun begitu, jangan lupa membayar bil kad kredit serta-merta selepas menerima invois atau menerima gaji.

Cuba Melabur

Jika anda masih ada wang berlebihan selepas menolak bil, membuat simpanan dan memenuhi keperluan harian, cuba gunakan wang tersebut untuk pelaburan. Pelaburan berbeza dengan sinpanan kerana anda akan mendapat pulangan tambahan pada masa hadapan, anda juga tidak boleh mengeluarkan wang yang anda laburkan dengan mudah. Jadi kemungkinan wang itu berguna kepada anda adalah lebih besar.

Nilaikan Kewangan Anda

Penilaian belanjawan dengan perbelanjaan sebenar adalah mandatori. Sangat penting memahami keupayaan ekonomi anda. Jika perbelanjaan anda lebih tinggi daripada bajet, anda perlu mencari penyebabnya dan ubahsuai bajet anda.

Sediakan Rancangan Sandaran

Anda perlukan rancangan sandaran untuk membantu anda melalui setiap bulan walaupun terdapat keperluan mengejut yang tidak dapat dilewatkan jika gaji bulanan anda tidak mencukupi. Anda mesti berhati-hati dalam mencari sandaran alternatif supaya anda tidak dibebaninya. Terdapat beberapa alternatif jika anda perlukan bantuan kewangan jangka pendek. Satu daripadanya adalah pinjaman online disediakan oleh Credy.co.id.

Pinjaman Online Credy.my

Credy.my adalah agensi yang menghubungkan anda dengan pembekal pinjaman online. Tidak seperti pembekal-pembekal pinjaman lain, Credy.my menawarkan anda beberapa pilihan pinjaman yang anda kemudiannya boleh sesuaikan mengikut kriteria yang anda amahu. Permohonan pinjaman di Credy.my sangant mudah. Anda hanya perlukan peranti yang bersambung dengan internet dan akaun bank yang aktif untuk menerima wang yang dipinjam. Anda juga boleh memilih sendiri berapa banyak wang yang anda mahu dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan keperluan anda. Lawati laman sesawang Credy hari ini!

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *