Bagaimana Menjimatkan Perbelanjaan Rumahtangga

Meminjam sekarang

Tahukah anda yang perkataan ‘ekonomi’ berasal daripada Bahasa Yunani bermaksud ‘pengurusan rumahtangga’? Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana menjimatkan perbelanjaan rumahtangga. Kami akan memberikan tips berkenaan bagaimana membuat penjimatan yang merangkumi aspek-aspek utama kehidupan harian seperti penggunaan elektrik, belanjawan keluarga, atau pembelian keperluan harian. Ini adalah tips-tips menjimatkan perbelanjaan keluarga:

Jimat Perbelanjaan Keluarga

Tips-tips berkaitan penggunaan elektrik

  • Memilih produk-produk yang jimat penggunaan tenaga: banyak produk di pasaran menawarkan ciri-ciri penjimatan tenaga. Anda boleh memilih produk-produk di pasaran yang anda rasa sesuai untuk keperluan anda
  • Berdisiplin dalam penggunaan elektrik: Jika anda mahu menjimatkan wang dalam perbelanjaan rumahtangga, ini adalah satu cara yang anda patut cuba. Guna tenaga elektrik hanya apabila perlu dan cabut plag selepas anda selesai menggunakannya. Anda mungkin menggunakan pemanas air elektrik, tetapi anda kerap terlupa mencabut plag. Ini adalah satu daripada penyebab kenaikan bil elektrik anda.

Tips-tips berkaitan penggunaan gas

  • Menggunakan regulator dengan standard: Ini sangat penting untuk diambil perhatian kerana menggunakan regulator yang baik meminimakan risiko kebocoran gas.
  • Menggunakan api sederhana ketika memasak: selain menjimatkan gas, memasak menggunakan api sederhana juga membolehkan kawalan suhu yang lebih baik
  • Tutup periuk ketika memasak: Anda juga boleh menjimatkan gas dengan menutup periuk ketika memasak. Tujuannya adalah untuk mengekalkan haba di dalam periuk dan tidak dibazirkan supaya tenaga haba yang dibuat boleh digunakan dengan lebih berkesan.

Tips-tips penjimatan air di rumah

  • Bijak menggunakan air: tutup pili apabila tidak digunakan. Gunakan air apabila membasuh hanya sebanyak diperlukan, jangan bazirkan terlalu banyak.
  • Memilih perkakas atau media yang betul: contoh apa yang anda boleh lakukan adalah penggunaan shower untuk mandi, kerana anda akan membazir banyak air jika menggunakan baldi.

Tip-tips Umum untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga

  • Periksa kos belanjawan: kebanyakan orang mempunyai rancangan pembayaran bulanan. Daripada rancangan bulanan ini anda boleh memeriksa satu demi satu sama ada perbelanjaan itu diperlukan atau tidak, jadi anda boleh memotong atau mengurangkan perbelanjaan bulanan.
  • Elakkan denda atau yuran tambahan: elakkan yuran tambahan yang mungkin muncul apabila anda terlupa membaharui pendaftaran kereta, kerana jika anda terlupa membaharui pendaftaran kereta, terdapat denda dan bayaran tambahan. Atau apabila gaji anda tidak cukup untuk tujuan bulanan kerana terdapat sesuatu yang perlu dibayar pada permulaan bulan, anda boleh memohon pinjaman di Credy.my

Tips-tips untuk menjimatkan perbelanjaan rumahtangga

Tips-tips penjimatan makanan

  • Memasak di rumah: memasak di rumah boleh membantu menurunkan kos, kerana membeli makanan di luar biasanya lebih mahal.
  • Membeli-belah di pasar tradisional: membeli-belah barangan keperluan di pasar tradisional akan mengurangkan perbelanjaan kerana membeli-belah di pasar tradisional membolehkan anda mendapat barang yang sama pada harga yang lebih murah. Harga-harga yang anda dapat di pasar-pasar tradisional biasanya tidak tetap, jadi anda boleh tawar-menawar dengan penjual.

Tabiat-tabiat yang boleh menjimatkan perbelanjaan

  • Membeli-belah secara online: Selain praktikal, kemudahan kaedah ini bermaksud anda tidak perlu berbelanja banya. Anda boleh membeli dari rumah, jadi ia akan mengurangkan kos pengangkutan ke tempat membeli-belah.
  • Lihat promosi: sesetengah keahlian mungkin memberi anda kemudahan dan menjimatkan perbelanjaan. Sebagai contoh: Anda boleh menjadi ahli di salah satu pasaraya dan mendapatkan diskaun ke atas pembelian.
  • Beli barangan terpakai: barangan terpakai tidak semestinya semuanya tidak elok atau tidak boleh digunakan. Kadangkala barangan terpakai masih boleh digunakan dan boleh dijadikan pilihan bagi anda. Namn begitu, lebih baik anda memeriksa keadaan barangan terpakai itu sebelum membeli
  • Menggunakan Internet sebagai pembanding harga: jika anda melihat produk atau perkhidmatan, anda boleh menggunakan gerbang laman sesawang yang membandingkan harga. Sebagai contoh anda mahu bercuti ke Bali, terdapat pelbagai pilihan penerbangan yang boleh diambil dengan harga-harga berbeza. Gerbang sesawang perbandingan harga boleh membantu anda membuat pilihan yang akan memberi manfaat kepada anda dan mengurangkan kos.

Terdapat banyak tips anda boleh lakukan dalam menjimatkan perbelanjaan rumahtangga anda. Lakukan sekarang dan rasakan perbezaannya. Anda akan lebik bijak mengawal kewangan anda. Jika anda perlukan bantuan, Credy sedia membantu dengan pinjaman online untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan anda.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *