Apabila menerima gaji bulanan inilah apa yang anda terfikir anda perlu lakukan. Namun begitu, pernahkan anda memikirkan yang mana satu lebih cekap dalam memenuhi keperluan harian anda, perbelanjaan bulanan atau membeli-belah setiap hari?
Sesetengah orang kata perbelanjaan harian lebih murah kerana kita hanya membeli barangan yang kita perlukan ketika ia diperlukan jadi kita tidak berbelanja berlebihan atau tidak diperlukan. Sesetengah orang kata perbelanjaan bulanan lebih murah kerana kita membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan diskaun ketika membeli-belah.
Membeli-belah Harian:
Ketika membeli-belah harian, anda mungkin tidak menyedari yang anda sebenarnya berbelanja lebih, kerana harga yang kita dapat adalah harga runcit yang lebih tinggi. Namun begitu, terdapat beberapa keperluan yang tidak boleh dibeli dalam jumlah yang banyak, seperti: makanan atau keperluan-keperluan lain yang tidak tahan lama.
Penggunaan kad kredit juga perlu bijak, kerana jika anda tidak dapat mengawalnya, perbelanjaan harian anda akan meningkat dan menjunamkan anda ke dalam masalah kewangan seperti hutang.
Membeli-belah Bulanan:
Dengan membeli-belah secara bulanan, anda mendapat manfaat melalui harga yang lebih murah, disebabkan oleh diskaun untuk pembelian lambak. Kerap juga kedai-kedai atau pasaraya memberikan diskaun yang tidak kecil kepada pengguna-pengguna yang membeli-belah dalam kuantiti besar.
Selain itu, satu lagi yang anda jimat jika anda membeli-belah secara bulanan adalah kos minyak. Anda keluar membeli-belah hanya sekali sebulan. Penjimatan ini adalah dalam bentuk keuntungan perbelanjaan bulanan, tetapi anda juga perlu mengambil perhatian terhadap ketahanan barangan tersebut.
Pastikan barang-barang yang anda beli secara bulanan adalah barangan yang boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama. Perkara penting yang anda perlu ambil perhatian ketika membeli-belah untuk keperluan bulanan anda adalah mengutamakan keperluan dan barangan yang diperlukan sekarang dan mengawal keinginan berbelanja anda.
Jika anda berkahwin, kami ada artikel berkaitan ‘tips kewangan keluarga‘ dan ‘bagaimana menjimatkan perbelanjaan keluarga’. Diharap artikel ini berguna dan tunggukan blog seterusnya daripada Credy.