Pembangunan era, terutama dalam bidang teknologi menawarkan manfaat dan kemudahan untuk komuniti. Antaranya adalah kemudahan urusniaga dalam talian, bermula daripada menghantar wang, membeli-belah dalam talian, pinjaman online, dan lebih lagi.
Buat masa ini, Credy.my akan memfokuskan kepada pinjaman dalam talian yang semakin berkembang di Malaysia dengan pelbagai kemudahan mendapatkannya. Tetapi ambil perhatian, kemudahan ini bukanlah sentiasa diikuti dengan keselamatan yang baik. Menggunakan internet untuk mendapatkan pinjaman online yang mudah perlu diikuti dengan pengetahuan dalam bagaimana menggunakannya dengan sesuai, betul, selamat dan boleh dipercayaai. Begini caranya untuk memilih pinjaman online yang boleh dipercayaai:
Kenalpasti Identiti Syarikat
Mengenalpasti maklumat syarikat penyedia kredit boleh dilakukan dengan mudah jika mereka mempunyai laman sesawang rasmi yang menyediakan maklumat sebenar. Ia bermula dengan maklumat bagaimana memohon kredit, bagaimana bekerja, dan menjamin kerahsiaan data anda. Syarikat pinjaman yang diyakini akan melakukan sistem maklumat bersepadu, di mana semua data pelanggan didaftarkan hanya melalui laman sesawang rasmi tanpa cara lain untuk mendaftar. Ini bermaksud walaupun anda mendapat maklumat tentang syarikat pemberi pinjaman melalui sms, telefon atau rangkaian sosial, anda masih akan disalurkan ke satu platform rasmi, iaitu, laman sesawang mereka.
Sebelum itu, kerahsiaan data peribadi yang anda berikan kepada pemberi pinjaman mesti dikekalkan supaya ia tidak digunakan oleh pihak-pihak yang tidak dibenarkan. Contohnya, jika anda dihubungi oleh seseorang yang cuba menipu anda dalam penawaran pinjaman dalam talian dan tawaran lumayan palsu. Di Credy.my, hanya terdapat satu pintu untuk memohon pinjaman dalam talian, iaitu pendaftaran melalui halaman pendaftaran kredit.
Selepas itu anda boleh mencari maklumat tambahan daripada sumber-sumber boleh dipercayaai yang menulis ulasan tentang pengalaman pinjaman mereka di Credy.my. Ini boleh menjadi asas dalam menentukan syarikat yang mana anda pilih untuk membuat pinjaman dalam talian anda.
Bagaimana ia berfungsi?
Selepas mengenalpasti identiti syarikat, anda perlu mengetahui bagaimana mendapatkan pinjaman dalam talian. Syarikat yang bagus dan diyakini akan memberikan anda semua maklumat bermula daripada bagaimana mendaftar, keperluan permohonan pinjaman, bagaimana wang tersebut masuk ke akaun anda dan peraturan-peraturan pengembalian kredit yang jelas, seperti tempoh pembayaran dan berapa banyak kadar faedahnya.
Credy.my menyediakan maklumat bagaimana pinjaman dalam talian dijalankan di laman ini. Selain itu, Credy.my juga menyediakan laman istimewa yang memaklumkan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan yang kerap ditanya di sini, menunjukkan terdapat interaksi di antara Credy.my dan pengguna-pengguna / pelanggan-pelanggan perkhidmatan pinjaman online kami.
Ketahui Kaedah Penipuan
Kaedah-kaedah Penipuan boleh dikenalpasti dengan mudah. Penipuan melalui mesej teks atau sms adalah kaedah paling mudah dan sering dilakukan. Mereka yang melakukannya biasanya menghantar mesej pendek yang mengandungi tawaran-tawaran lumayan bagi pihak syarikat atau institusi tertentu. Perkara yang sama juga berlaku melalui talian telefon.
Mungkin anda sendiri pernah mengalaminya, di mana sms atau mesej telefon dihantar daripada seseorang bagi pihak agensi. Kaedah paling kerap adalah pemanggil atau sms akan menawarkan anda kredit tanpa masa menunggu diikuti keperluan anda menghantar wang terlebih dahulu. Tetapi akhirnya pinjaman online yang dijanjikan tidak kunjung tiba.
Kita sebagai pengguna mesti berwaspada dan bijak untuk mengelak kaedah-kaedah penipuan ini. Berikut adalah tips daripada Credy.my untuk mengelak menjadi mangsa penipuan:
- Jangan jawab sms atau panggilan daripada telefon tidak dikenali
- Jangan berikan maklumat kad kredit
- Jangan bayar sebarang yuran pengurusan atau yuran deposit
Diharap panduan di atas dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di halaman ini. Kami mempunyai pasukan yang berpengalaman dan sedia membantu anda 24 jam untuk memberikan anda penyelesaian pinjaman online yang terbaik dan diyakini.