Panduan Menguruskan Kewangan Keluarga

Meminjam sekarang

Adakah anda pengantin baru atau pasangan yang merancang berkahwin? Sebagai pasangan yang baru berkahwin atau pasangan muda, mengatur kewangan keluarga adalah salah satu cabaran yang mesti dihadapi dalam mengemudi bahtera rumahtangga. Di sini kami akan mengongsikan panduan menguruskan kewangan rumahtangga. Mari bincangkannya satu persatu.

Panduan Menguruskan Kewangan Keluarga:

Fahami Pendapatan Keluarga Anda

Langkah pertama yang anda patut lakukan adalah mengetahui pendapatan bulanan keluarga anda (jumlah pendapatan), kemudian kirakan jumlah yang patut digunakan untuk membayar bil dan keperluan harian. Mengetahui pendapatan dan perbelanjaan yang patut dibayar oleh keluarga anda setiap bulan akan membantu anda menguruskan kewangan isirumah anda.

Membuat Rancangan Bersama

Jika anda sudahpun tahu jumlah pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan, langkah seterusnya adalah membuat rancangan menguruskan perbelanjaan isirumah anda. Di sini anda perlu berhati-hati dalam menentukan keperluan mana yang perlu ditepati dan keperluan mana yang tidak begitu penting dan boleh ditangguhkan pembeliannya. Dengan itu aliran perbelanjaan isirumah anda menjadi jelas. Jika boleh, aturkan wang untuk percutian juga dalam rancangan kewangan anda. Penting bagi keluarga anda menikmati masa rehat selepas bekerja keras setiap hari.
Kewangan Keluarga

Menyimpan

Sama penting dengan membuat rancangan kewangan adalah menyimpan wang. Mengapakah ini penting? Anda boleh menggunakan simpanan tersebut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka sekiranya pendapatan bulanan anda tidak mencukupi untuk menangani masalah tersebut. Tetapi jangan lupa yang anda perlu menggunakan simpanan anda dengan bijak. Asingkan sedikit pendapatan anda setiap bulan untuk simpanan.

Elakkan Hutang

Cuba elakkan berhutang. Jika anda kerap berhutang, lambat-laun berhutang akan menjadi kebiasaan. Mempunyai kebiasaan berhutang tidak bagus, mengapa? Kerana ia akan menjadikan anda orang yang kerap berbelanja. Jadi, cuba elakkan berhutang seboleh mungkin.

Kenalpasti Antara Keinginan Dan Keperluan

Kerap kali ini dianggap perkara remeh. Tetapi ini penting jika anda mahu mengatur dan menjimatkan perbelanjaan isirumah anda. Selalu sahaja kita mengambil apa sahaja kita mahu di pasaraya, walaupun barangan tersebut sesuatu yang tidak diperlukan. Jika anda dapat mengawal diri daripada berbelanja sesuka-hati, anda tentunya akan dapat menguruskan perbelanjaan isirumah anda dengan lebih baik. Tetapi jika anda seorang penggila beli-belah, ketahui penyelesaiannya di sini.

Sasarkan Kewangan Jangka Panjang

Adalah penting mempunyai matlamat kewangan jangka panjang bersama pasangan anda. Contoh-contoh sasaran kewangan jangka panjang adalah seperti mahu memiliki simpanan lebih daripada 50 juta dan mempunyai rumah anda sendiri dalam 5-10 tahun akan datang.

Buat Pelaburan

Kadangkala terdapat perasaan tidak puas hati jika hanya menunggu simpanan bertambah. Satu penyelesaian adalah membuat pelaburan yang dapat menokok pendapatan bulanan anda. Untuk membuat pelaburan, anda mesti nekad melihat peluang. Jika perlu, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

Jika anda masih menghadapi kesukaran menguruskan kewangan keluarga atau isirumah setiap bulan, Credy boleh membantu. Pertimbangkan pinjaman peribadi dalam talian dengan jumlah pinjaman maksimal sehingga RM 20,000. dan had pengembalian wang sehingga maksima 30 hari. Proses permohonan tanpa kelecehan.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Bidang yang diperlukan ditandakan *