Sesetengah orang biasa membelanjakan wang untuk barangan yang tidak diperlukan, tanpa menyedari yang gaji bulanan habis tanpa sebarang simpanan tinggal. Jika terdapat urusan penting dan perlukan wang, kebanyanyan mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Meminjam wang adalah perkara yang terpaksa dilakukan.
Tetapi meminjam wang bukanlah mudah, kan? Kadangkala harga diri atau sifat malu menjadi halangan. Oleh itu, menjimatkan wang adalah sangat penting dan digalakkan.
Tips penjimatan berikut boleh digunakan untuk meminimakan perbelanjaan anda:
Rekodkan setiap perbelanjaan
Catat setiap perbelanjaan untuk mengetahui dan mengawal kewangan anda. Dengan ini, anda akan jadi lebih bijak dalam membelanjakan wang untuk keperluan anda.
Ketahui yang mana adalah Keinginan dan Keperluan
Anda perlu pandai mengutamakan apa yang anda perlu dan mahu. Rancang dan catat semua barangan yang akan dibeli dahulu sebelum pergi ke kedai, bawa wang yang cukup-cukup supaya anda tidak berminat terhadap barangan tidak diperlukan. Cuba pergi terus ke destinasi dan bayar serta-merta.
Asingkan wang untuk disimpan
Selepas hari gaji, pindahkan semua wang ke akaun lain. Tidak salah membuat akaun sampingan yang sepenuhnya untuk berjimat. Jangan asyik melihat jumlah simpanan setiap hari, ini akan membuat anda berasa anda ada wang dan terus membazirkannya. Lakukannya sehingga ia menjadi tabiat setiap bulan.
Jadi orang yang produktif
Maksimakan masa anda untuk membuat perkara yang positif dan produktif, seperti membaca buku, bergaul dengan keluarga, bersenam, atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak membelanjakan wang. Tetapi jangan terlupa mengehadkan masa!
Cari kerja tambahan
Dan tips terakhir ini, selain mengurangkan pembaziran, masa juga boleh membantu anda menambah wang simpanan ke dalam akaun.
Mula menjimatkan wang secepat mungkin. Kuncinya adalah kekal fokus, meminimakan perbelanjaan dan tekun mengasingkan wang. Tetapi tidak salah mendapatkan pinjaman online di Credy apabila terdapat keperluan segera.