Menguruskan kewangan adalah sesuatu yang mesti dikuasai oleh semua orang, terutama sekali jika anda tinggal bersendirian tanpa ibu bapa. Hidup bersendirian jauh dari ibu bapa adalah cabaran yang mesti dialami setiap hari. Perbelanjaan makanan setiap hari mesti diambil kira.
Sama ada ia masih ditampung oleh ibu bapa atau tidak, mereka ini tentunya mengalami pengalaman masa-masa kritikal atau poket kosong setiap bulan.
Tips-tips berikut berkenaan menguruskan kewangan untuk kanak-kanak sekolah asrama yang boleh digunakan untuk mengelak masa-masa kritikal:
Untuk mengelak bahaya poket kosong pada akhir bulan, membuat bajet bulanan boleh membantu kita mengetahu dan merancang perbelanjaan dalam bulan berikut. Cuba pilih harga yang berpatutan dan utamakan apa yang diperlukan
- Bawa cukup wang ketika keluar
Lebih baik anda tidak membawa terlalu banyak wang atau wang yang cukup ketika keluar, ini boleh mengelak teringinkan barang yang kita tidak perlukan.
- Catatkan setiap perbelanjaan
Menguruskan kewangan dengan mencatat setiap perbelanjaan walaupun yang paling kecil membantu kita mengetahui semua perbelanjaan dan wang yang masih tingal. Semakin banyak yang kita tahu semakin bijaklah kita dalam mengawal perbelanjaan.
- Cari kerja sambilan
Sebagai penduduk asrama, mengelak poket kosong juga boleh dilakukan dengan mencari kerja sampingan ketika mempunyai masa terluang.
Terakhir dan paling penting adalah menyimpan. Mengasingkan wang untuk membeli-belah atau snek adalah sangat perlu, selain menjimatkan wang, wang ini juga boleh digunakan ketika keadaan-keadaan mendesak, seperti kemalangan atau memerlukan dana segera.
Disiplinkan diri hidup berjimat pada usia muda adalah sesuatu yang baik. Tidak salah menyimpan wang dan hidup berjimat dari mula, menguruskan wang dengan bijak.
Jika terdapat keperluan penting dan anda tiada wang, mohon pinjaman wang online di Credy, dalam hanya beberapa minit, wang ini pergi terus ke akaun anda.